HTJS tubuh jawatankuasa siasat isu arah pesakit tak stabil discaj

HTJS tubuh jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan berhubung pesakir diarah keluar dari wad meskipun dalam keadaan masih belum stabil.
HTJS tubuh jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan berhubung pesakir diarah keluar dari wad meskipun dalam keadaan masih belum stabil.
A
A
A

SEREMBAN - Satu jawatankuasa penyiasatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti berkenaan dakwaan seorang wanita yang suaminya diarah keluar dari wad Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) meskipun dalam keadaan masih belum stabil.

Pengarah HTJS, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular.

"Sehubungan itu, satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti isu terbabit," katanya dalam kenyataan kepada media pada Isnin.

Menurutnya, mana-mana pihak turut dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terlibat sepanjang proses siasatan itu dijalankan.

Pada Isnin, tular hantaran seorang pengguna akaun Facebook berkenaan suaminya diarah untuk discaj dari wad dalam keadaan masih tidak stabil.