[VIDEO] Panik lihat letusan gunung berapi lumpur setinggi enam meter

Letusan gunung berapi lumpur yang sempat dirakam berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu. Gambar kecil: Amrafel, Hamit
Letusan gunung berapi lumpur yang sempat dirakam berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu. Gambar kecil: Amrafel, Hamit
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang pemandu pelancong yang sedang membawa sekumpulan pelancong melawat Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, tidak menyangka dapat menyaksikan fenomena letusan gunung berapi lumpur yang berlaku di kawasan itu pada Ahad.

Hamit Suban, 43, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika dia bersama lapan pelancong asing memulakan lawatan ke dalam hutan kawasan Tabin.

"Program pertama kami selepas bersarapan adalah melawat kawasan 'mud volcano' di dalam kawasan Tabin.Saya membawa sekumpulan pelancong dari Amerika Syarikat dengan berjalan kaki sejauh 700 meter ke lokasi berkenaan.

"Sebaik tiba, kami naik ke menara pemerhati untuk melihat burung dan haiwan lain yang berada di lokasi, namun tiba-tiba kami terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum mendapati berlaku letusan lumpur di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian letusan gunung berapi lumpur yang memuntahkan lumpur menerusi hantaran video yang dimuatnaiknya di Facebook pada Ahad.

Dalam video itu kelihatan letusan berlaku sehingga menyebabkan sekumpulan dipercayai pemandu pelancong dan pelancong panik serta terpaksa berpatah balik.

Menurutnya, melihat kejadian itu mereka semua terkejut serta panik selain bimbang dengan keselamatan pelancong yang berada di lokasi.

"Masa tu memang panik seketika tetapi kami sempat menyaksikan kejadian letusan itu hampir 25 minit dari menara yang berada kira-kira 70 meter dari lokasi.

Artikel Berkaitan:

"Kami dapat tengok sendiri, ia seperti gunung berapi yang mengeluarkan lahar tetapi dalam bentuk lumpur dan saya difahamkan kejadian ini yang terbesar pernah berlaku dengan ketinggian kira-kira hampir enam meter," jelasnya.

Hamit yang bekerja sebagai pemandu pelancong sejak 2005 di Borneo Eco Tours Kinabatangan berkata, walaupun kejadian itu pernah berlaku sebelum ini namun ia pertama kali disaksikan olehnya sendiri.

Seorang lagi pemandu pelancong dari Tabin Wildlife Resort, Amrafel Marang, 42, memaklumkan kali terakhir ia berlaku kira-kira tiga tahun lalu.

Menjelaskan perkara itu, Amrafel yang sudah 23 tahun berkerja di kawasan itu memaklumkan lumpur yang keluar daripada bawah tanah itu amat kaya dengan sumber mineral.

"Haiwan di kawasan ini akan datang ke lumpur berkenaan untuk mendapatkan sumber mineral hasil daripada letusan berkenaan.