Gentari meterai 12 MOU dengan penggiat sektor hidrogen

Ismail Sabri pada gimik Pelancaran Gentari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama
Ismail Sabri pada gimik Pelancaran Gentari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

ENTITI milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd menandatangani 12 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan penggiat sektor hidrogen antarabangsa untuk memanfaatkan kelebihannya sebagai penggerak utama tenaga hijau.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, tenaga hidrogen merupakan industri yang baharu dan Petronas telah mengorak langkah untuk meneroka sumber tenaga ini berikutan medium yang fleksibel dalam pemindahan tenaga merentas sektor.

"Dalam meningkatkan penggunaan hidrogen, saya yakin Gentari mampu mengenal pasti dan membangunkan kluster ekonomi hidrogen di Malaysia, seterusnya menjadikan negara kita sebagai hab eksport hidrogen yang kompetitif di rantau ini,” katanya ketika melancarkan Gentari di sini pada Khamis.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas merangkap Pengerusi Gentari, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Gentari akan menawarkan penyelesaian mobiliti hijau kepada penduduk di rantau Asia Pasifik, yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Misalnya, penumpang kenderaan ‘e-hailing’ yang boleh memilih EV bagi perjalanan mereka,” katanya pada majlis yang sama.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha Petronas paling nyata dalam pasaran solar dan telah mencatatkan kemajuan yang ketara dengan pencapaian kapasiti 1 GWp tenaga boleh baharu, menerusi Amplus Solar, iaitu anak syarikat Petronas di India, yang membangunkan lebih 400 projek di 24 negeri di India.

"Di Malaysia, kami memberikan perkhidmatan kepada pelbagai jenis pelanggan dan telah mencapai kapasiti 100 MWp+ aset solar yang beroperasi dan sedang dibangunkan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: