Rumah hantu pun sudah ada 'drive-thru'

Merak Jalanan terlihat dalam TikTok mengenai orang ramai yang berkongsi pengalaman memasuki ‘rumah hantu drive-thru’ dengan bayaran hanya RM10. - Foto 123rf
Merak Jalanan terlihat dalam TikTok mengenai orang ramai yang berkongsi pengalaman memasuki ‘rumah hantu drive-thru’ dengan bayaran hanya RM10. - Foto 123rf
A
A
A

PAGI Khamis, Merak Jalanan singgah beli sarapan pagi menggunakan laluan pandu lalu atau 'drive-thru' di sebuah restoran makanan segera.

Dua minggu lepas, Merak Jalanan menjelaskan bayaran cukai pintu, juga menggunakan laluan pandu lalu di kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Malah, ketika Covid-19 lalu, Merak Jalanan pernah menjalani ujian saringan menggunakan sistem pandu lalu.

Selain menggunakan sistem online di telefon bimbit, kemudahan pandu lalu ternyata memudahkan orang ramai kerana tidak perlu mencari parkir, turun dari kenderaan dan beratur panjang di kaunter.

Sistem pandu lalu yang Merak Jalanan sebutkan itu adalah biasa dalam kalangan orang ramai pada masa kini, tapi bagaimana pula sekiranya sistem pandu lalu digunakan untuk hiburan.

Merak Jalanan terlihat dalam TikTok mengenai orang ramai yang berkongsi pengalaman memasuki ‘rumah hantu drive-thru’ dengan bayaran hanya RM10.

Menarik! Tapi bukan rumah hantu yang betul pun, ia disediakan penganjur untuk mereka yang mahu merasai pengalaman seram memandu kereta di dalam hutan yang dikelilingi ‘hantu’.

Ketika melalui jalan tersebut, pengunjung perlu membuka tingkap dan but kereta serta menjaga pantang larang. Maklum sahaja, di dalam hutan macam-macam boleh terjadi.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan seronok melihat video dan komen mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut. Ada yang menjerit ketakutan, walaupun sebenarnya ‘hantu-hantu’ itu juga manusia. Tapi, rata-rata mengakui terhibur.

Bagi Merak Jalanan, tidak perlu kritik pengunjung atau penganjur rumah hantu berkenaan. Terpulang kepada orang ramai untuk menghiburkan hati masing-masing.

Cuma Merak Jalanan terfikir, pada zaman moden ini, ketika ramai orang berbelanja untuk mendapatkan sesuatu yang menggembirakan, tapi masih ramai yang sanggup membayar untuk membeli ‘ketakutan’.