DBKL roboh gerai atas rizab awam

Operasi perobohan gerai yang didirikan atas rizab awam tanpa kebenaran. - Foto FB DBKL.
Operasi perobohan gerai yang didirikan atas rizab awam tanpa kebenaran. - Foto FB DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah gerai yang didirikan di atas rizab awam tanpa kebenaran di Jalan Palestin, Masjid India di sini dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, penguatkuasaan dilakukan pada Khamis itu diambil selepas pemilik premis didapati ingkar dan gagal mematuhi notis penguatkuasaan yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan khas itu dilaksanakan mengikut garis panduan (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.

"Tindakan roboh dan pindah barangan dilaksanakan menerusi Seksyen 46(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Barangan dan peralatan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL bagi tujuan penyimpanan dan dokumentasi," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Anggota penguat kuasa DBKL memindahkan barang milik peniaga ke Setor Sitaan DBKL. - Foto FB DBKL.
Anggota penguat kuasa DBKL memindahkan barang milik peniaga ke Setor Sitaan DBKL. - Foto FB DBKL.

Tambah kenyataan itu, DBKL memandang serius terhadap sebarang aktiviti pembinaan struktur haram di rezab awam dan menyebabkan masalah kacau ganggu kepada pihak lain.

Operasi tersebut mendapat kerjasama Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP), Jabatan Integriti (JIT), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME) dan Pejabat Cawangan Bukit Bintang serta agensi sahabat terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Artikel Berkaitan: