'Kenal pasti punca inflasi, bukan naikkan OPR'

Tangkap layar hantaran di laman Facebook Asyraf Wajdi.
Tangkap layar hantaran di laman Facebook Asyraf Wajdi.
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) seharusnya mengenal pasti punca kenaikan kadar inflasi sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar monetari menguncup.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) akan memberi kesan negatif kepada banyak sektor terutama dalam keadaan ekonomi domestik yang masih di dalam fasa pemulihan.

"Kenaikan OPR tidak akan dapat menurunkan kadar inflasi walaupun permintaan domestik mungkin berkurangan kerana inflasi yang tinggi bukan didorong oleh tarikan permintaan berlebihan.

"Di negara kita pula, keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan harga bahan api (petrol dan diesel), tarif elektrik dan air jelas lebih berjaya menahan kadar inflasi daripada melambung lebih tinggi seperti di negara lain.

"Justeru tidak perlulah BNM menaikkan OPR yang berisiko memberi dampak negatif dan kontradik dengan Pelan Pemulihan Ekonomi yang dirancang," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau berkata, BNM mengambil keputusan untuk menaikkan kadar OPR sekali lagi atas alasan untuk mengimbangi tekanan inflasi ekoran didorong oleh tarikan permintaan.

Namun begitu katanya, BNM tidak menyatakan sejauh mana peningkatan inflasi ketika ini berpunca daripada tarikan permintaan.

"Dalam posting saya sebelum ini sudah dijelaskan bahawa kadar hutang isi rumah yang tinggi akan menyebabkan mereka lebih terbeban berbanding isi rumah negara serantau setiap kali OPR dinaikkan.

Artikel Berkaitan:

"Dengan itu, objektif BNM untuk mengurangkan tingkat permintaan dengan menaikkan OPR hanya akan dicapai dengan pertambahan jumlah pembayaran balik pinjaman, bukan menerusi peningkatan jumlah tabungan isi rumah," katanya.