Usul wujud Dewan Assabiqun dibawa ke Muktamar Pas

Tuan Ibrahim (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Konvesyen Assabiqun Pas Pusat 2.0 di sebuah hotel di Alor Setar pada Khamis.
Tuan Ibrahim (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Konvesyen Assabiqun Pas Pusat 2.0 di sebuah hotel di Alor Setar pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Usul untuk mewujudkan Dewan Assabiqun Pas bagi mengiktiraf pandangan golongan veteran membantu parti tersebut akan dibawa pada ucapan Muktamar Pas Pusat Kali ke-68.

Perkara tersebut akan diusulkan oleh Pengerusi Sidang Assabiqun Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed untuk diteliti dan dipertimbangkan oleh kepimpinan parti.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, keseluruhan Assabiqun dilihat bersemangat untuk terus menyumbang kepada parti sama ada sebagai jentera pilihan raya ataupun memberikan pandangan bernas kepada parti.

"Saya yakin parti akan meneliti cadangan tersebut dengan lebih mendalam yang akan dibawa oleh Datuk Dr Mahfodz dalam muktamar nanti.

"Kita akan teliti pandangan tersebut, beliau (Dr Mahfodz) akan membawa sebagai usul daripada Sidang Assabiqun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Assabiqun Pas Pusat 2.0 di sebuah hotel di Alor Setar pada Khamis.

Seramai 400 Assabiqun Pas dari seluruh negara hadir pada konvensyen tersebut.

Tuan Ibrahim berkata, gabungan idea golongan muda dan lama diperlukan bagi memastikan Pas terus relevan sebagai sebuah parti agar terus diterima oleh orang ramai pada masa hadapan.

Menurutnya, antara pandangan lain yang diterima adalah untuk membentuk jentera assabiqun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana mereka mempunyai pengalaman luas berdepan pilihanraya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Antara usul lain juga, adalah cadangan Assabiqun juga diminta untuk menyumbang pandangan dan buah fikiran dalam pilihan raya Pas pusat. Sebelum ini memang mereka memberikan sumbangan dan mengadakan perbincangan.

"(Assabiqun) ada tokoh-tokoh yang dihormati dalam masyarakat dan mempunyai peranan dalam membantu parti.(Ini adalah) pengiktirafan selain untuk memastikan tokoh-tokoh ini dihargai sepanjang zaman," ujar Tuan Ibrahim lagi.