500 jayakan #QuranHour sempena Hari Kebangsaan 2022

Dr. Muhammad Arif (tengah) bersama sebahagian peserta yang menyertai #QuranHour di Masjid Al Sultan Abdulla, Masjid Tanah pada Selasa.
Dr. Muhammad Arif (tengah) bersama sebahagian peserta yang menyertai #QuranHour di Masjid Al Sultan Abdulla, Masjid Tanah pada Selasa.
A
A
A

ALOR GAJAH - Masjid Al -Sultan Abdullah menjadi saksi bergema ayat suci al-Quran sempena Malaysia #QuranHour pada Selasa.

Penyelaras Rumah Ngaji Ummah Ikhlas Melaka, Nur Atikah Amir berkata, program kali kelapan dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dijayakan bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), pihak masjid, peserta Rumah Ngaji Melaka dan penduduk setempat bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 2022.

Menurutnya, menyasarkan kira-kira 350 peserta yang akan hadir, namun mendapat sambutan positif sekali gus melebihi sasaran sehingga mencecah 500 orang yang datang dari sekitar negeri ini termasuk daerah Jasin dan Melaka Tengah.

"Bertemakan Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama kita dapat berkumpul dalam program yang murni sebagai salah satu pengisian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Che Shukri (tiga,kiri) memegang plakad Malaysia #QuranHour selepas tamat program di Masjid Tanah pada Selasa.
Che Shukri (tiga,kiri) memegang plakad Malaysia #QuranHour selepas tamat program di Masjid Tanah pada Selasa.

"Pada awalnya kita menyasarkan 350 peserta sahaja namun walaupun hari bekerja tetapi lebih 500 yang hadir untuk turut serta menyemarakkan program ini dan satu sambutan yang akan baik," katanya ketika ditemui pada #QuranHour peringkat negeri di Masjid Tanah.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat.

Program yang bermula seawal jam jam 9.30 pagi dimulakan dengan bacaan Yasiin dan diserikan dengan sesi Motivasi al Quran, bertajuk Apa Matlamat Hidupmu? oleh pengasas Akademi Jiwa Hamba, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor.

Artikel Berkaitan:

Manakala bacaan surah Al-Sajdah dipimpin Bahagian Dakwah JAIM, Muhammad Khairi Maidin sementara Pentadabbur oleh Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr.Muhammad Arif Musa.