Isu LCS: JKMR bakal mesyuarat dua minggu lagi

JKMR akan meneliti skandal LCS dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dua minggu lagi.
JKMR akan meneliti skandal LCS dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dua minggu lagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) akan meneliti skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan dana lebih RM6 bilion dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dua minggu lagi.

JKMR dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, isu tersebut bakal dibincangkan pihaknya bersama Jawatankuasa Urus Tadbir, Integriti dan Antirasuah.

"Skandal LCS yang melesapkan duit rakyat lebih RM6 billion dalam tempoh lapan tahun tanpa adanya enam kapal yang dibeli secara perolehan atasan akan diteliti di mesyuarat kedua-dua entiti legislatif dalam tempoh dua minggu dari kini," katanya kenyataan itu.

Beberapa pihak sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya segera mengambil tindakan terhadap semua penemuan dalam projek LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) susulan wujud pelbagai isu mengenai projek berkenaan.

Dalam pada itu, JKMR mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua agensi khasnya Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, pasukan penyiasat SPRM dan keunggulan Kehakiman atas kejayaan pengadilan kes Syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tambahnya, dalam mesyuarat berkenaan juga akan memperhalusi langkah-langkah untuk menjadikan negara mencapai tahap terendah rasuah.

"Malaysia kini dipandang tinggi kembali,” ujarnya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu mengekalkan sabitan dan hukuman kepada Najib bagi pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC.

Artikel Berkaitan:

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menyampaikan penghakiman sebulat suara selepas mendapati tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Dalam pada itu JKMR mengingatkan agar semua jentera sama ada di bawah kerajaan atau swasta agar sama-sama membanteras rasuah terutama melibatkan kuasa eksekutif dalam urus tadbir dan perolehan kerajaan.