Turapan jalan besar-besaran di Selangor dua minggu lagi

Ir Izham Hashim
Ir Izham Hashim
A
A
A

AMPANG - Kerja menurap jalan rosak secara besar-besaran di Selangor akan dilaksana serentak dua minggu lagi.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, lebih 20 kontraktor terlibat dalam projek tersebut yang dijangka mengambil masa selama dua bulan.

Menurutnya, projek membabitkan peruntukan RM50 juta itu menumpukan kawasan yang menghadapi masalah jalan rosak teruk serta lokasi yang tidak mendapat perhatian.

"Kita juga akan utamakan jalan yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya seperti dilaporkan Selangor Kini pada Ahad.

Izham berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam di sini, pada malam Sabtu.

Beliau berkata, jumlah kerja penurapan berbeza bagi setiap daerah bergantung kepada laporan yang dibuat agensi terlibat.

Terdahulu, menerusi Bajet 2023, kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM145 juta untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya di negeri berkenaan.

Ia termasuk kerja penurapan mega melibatkan jalan-jalan di bawah pentadbiranpihak berkuasa tempatan (PBT).

Susulan itu, Izham telah meminta PBT di Selangor mengenal pasti dan menyenaraikan jalan-jalan kritikal di kawasan pentadbiran masing-masing bagi tujuan tersebut.