Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan hadir mahkamah kes rasuah

Mohd Razali (tengah) tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi Khamis, bagi menghadapi pertuduhan rasuah. Foto Rosli Talib
Mohd Razali (tengah) tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi Khamis, bagi menghadapi pertuduhan rasuah. Foto Rosli Talib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.30 pagi Khamis, bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah.

Mohd Razali yang memakai kot kelihatan tenang ketika diiringi beberapa individu antaranya peguam dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Mohd Razali didakwa di hadapan Hakim, Suzana Hussin, sementara seorang lagi tertuduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad, kedua-duanya pada jam 9 pagi.

Pada 22 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar Datuk akan didakwa aas pertuduhan rasuah, minggu ini.

Katanya, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan maklum balas berkaitan pertuduhan akan diperoleh dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias dari ATM hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan rasuah
  • Mohd Razali memakai kot dan kelihatan tenang ketika diiringi oleh peguam dan pegawai SPRM
  • Mohd Razali didakwa di hadapan Hakim, Suzana Hussin
  • Seorang lagi tertuduh didakwa di hadapan Hakim Rosli Ahmad
  • Dua pegawai kanan ATM akan didakwa atas pertuduhan rasuah mengikut kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!