Tiada kelulusan punca palang keselamatan dicabut MPS

Laporan Sinar Harian pada Rabu berhubung rasa tidak puas hati penduduk susulan tindakan MPS mencabut palang keselamatan di taman perumahan tersebut.
Laporan Sinar Harian pada Rabu berhubung rasa tidak puas hati penduduk susulan tindakan MPS mencabut palang keselamatan di taman perumahan tersebut.
A
A
A

GOMBAK - Persatuan Penduduk Badan Kebajikan Perwira Indah Gombak didapati gagal melengkapkan permohonan pemasangan sistem palang keselamatan menyebabkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mencabut palang keselamatan itu, Jumaat lalu.

Pegawai Penerangan, Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, selain menerima aduan awam, pelaksanaan sistem palang keselamatan itu juga belum mendapat kebenaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, sebarang permohonan dan pemasangan palang keselamatan perlu mematuhi Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bilangan 1 Tahun 2016, Garis Panduan Skim Perumahan Berpengawal Di Negeri Selangor (Penambahbaikan 2016), Kawalan Am Perancangan.

"Peraturan itu menetapkan pelaksanaan palang keselamatan hanya dibenarkan bagi kawasan komuniti yang tidak mempunyai jalan bersambung atau dihubungkan dengan kawasan komuniti bersebelahan dan sekitarnya.

"Pelaksanaan palang keselamatan juga hanya dibenarkan bagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan berkongsi seperti surau, sekolah, padang bola serta tidak menghalang kenderaan keluar masuk ke kawasan berkenaan," katanya menerusi pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai maklumkan balas laporan Sinar Harian pada Rabu bertajuk ‘Bimbang kes jenayah meningkat’.

Menurut laporan itu, penduduk meluahkan kebimbangan jenayah di kawasan itu kembali meningkat selepas MPS mencabut palang di tiga pos kawalan keselamatan di kawasan perumahan itu disebabkan tiada kelulusan MPS dan JBPM.

Selain palang dicabut, persatuan penduduk turut dikenakan kompaun RM1,500.

Artikel Berkaitan: