PM Thailand digantung tugas

Prayut Chan-o-cha - Foto AFP
Prayut Chan-o-cha - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung semua tugas Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, 68, bermula Rabu.

Mahkamah sebulat suara bersetuju untuk mendengar kes dibawa parti pembangkang yang berpendapat Prayut telah mencapai tempoh had pemerintahannya selama lapan tahun sebagai Perdana Menteri Thailand.

Mahkamah berkata, hakim juga bersetuju dengan undian lima berbalas empat untuk menggantung Prayut daripada jawatannya sehingga kes itu diputuskan.

"Mahkamah mempertimbangkan petisyen dan menyokong dokumen serta menganggap fakta mengikut permintaan menunjukkan alasan munasabah untuk mengesyaki terdapat kes yang dipohon.

"Oleh itu, undi majoriti lima berbalas empat terhadap Prayut untuk digantung jawatannya sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa 24 Ogos sehingga mahkamah memutuskan keputusan lanjut," menurut kenyataan mahkamah.

Justeru, seorang penjaga akan dilantik untuk mengetuai kerajaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan antara calon bagi menggantikan Prayut.

Mengikut perlembagaan negara itu melarang Perdana Menteri berkhidmat lebih daripada lapan tahun.

Parti pembangkang berkata, Prayut yang menjawat jawatan itu pada tahun 2014 dalam rampasan kuasa telah mencapai had tempoh penggal perkhidmatannya.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, ratusan penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di Monumen Demokrasi di Bangkok menuntut Prayut meletakkan jawatannya. - AFP