[VIDEO] 10 bas penyokong Najib dari Pekan

Penyokong tegar Najib tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada Selasa.
Penyokong tegar Najib tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Meskipun bumi Putrajaya ditimpa hujan, namun ia tidak mematahkan semangat penyokong tegar Datuk Seri Najib Tun Razak apabila 10 bas dari Pekan, Pahang tiba di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Seorang penyokong yang mahu dikenali sebagai Kak Ida berkata, setiap bas membawa 44 penumpang dari empat sayap UMNO Pekan itu bertolak jam 12 malam tadi.

"Kami ke sini hadir untuk memberi sokongan kepada Najib," katanya.

Ujar Kak Ida, sangat mengharapkan agar Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta selepas didapati meyeleweng dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

"Kalau boleh minta Najib dibebaskan.

"Saya rasa dia seorang sangat baik kerana kita duduk di kawasan Pekan, dia sangat baik," katanya sebak.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di pekarangan mahkamah mendapati kawalan keselamatan terus diperketatkan dengan penghadang besi diletakkan di hadapan kedua-dua pintu masuk.

Artikel Berkaitan:

Seramai 200 individu dipercayai penyokong Najib dilihat berkumpul di bahagian luar Istana Kehakiman Putrajaya pada Selasa.
Seramai 200 individu dipercayai penyokong Najib dilihat berkumpul di bahagian luar Istana Kehakiman Putrajaya pada Selasa.

Hanya individu yang mempunyai urusan dengan mahkamah sahaja dibenarkan masuk selain media perlu mendapatkan pas masuk.

Najib, 69, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.