Kain batik peninggalan terakhir arwah ibu

Ahli keluarga bersedih dengan berita pemergian lima ahli keluarga mereka yang maut kemalangan di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Semat Batu 14, hari ini.
Ahli keluarga bersedih dengan berita pemergian lima ahli keluarga mereka yang maut kemalangan di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Semat Batu 14, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Tiada kata yang dapat diungkapkan lagi... apatah lagi insan yang sangat disayangi pergi buat selamanya.

Lebih menyedihkan, pemergian itu secara tiba-tiba.

Ibu yang disayangi, kini menghadap Illahi selepas terlibat kemalangan petang tadi.

Bagi Sabarina Ismail, 43, kisah arwah ibunya membeli kain batik dalam sebuah rancangan televisyen baru-baru ini mungkin petanda yang dia sendiri tidak sedar akan kehilangan insan yang amat disayangi.

"Hati saya sangat sedih... sayu teringat kain batik yang ibu beli dalam rancangan tv, itulah peninggalan terakhir ibu buat kami tiga anak perempuannya," luahnya,

Anak kepada Hashimah Ismail, 66 maut bersama empat ahli keluarganya yang lain dalam kemalangan di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Semat Batu 14, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang turut maut adalah suami Hashimah, Mohd Noor Che Mat, 78, anak tirinya, Nor Suraya Mohd Noor, 30, suaminya, Musa Abdullah, 31, serta anak mereka, Muhamad Zulkarnain Musa, 3.

Artikel Berkaitan:

Antara yang maut, Nor Suraya Mohd Noor, 30 (dari, kanan), Muhamad Zulkarnain Musa, 3 dan Mohd Noor Che Mat, 78 manakala Nur Quraitun Ain Musa, 5 cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Antara yang maut, Nor Suraya Mohd Noor, 30 (dari, kanan), Muhamad Zulkarnain Musa, 3 dan Mohd Noor Che Mat, 78 manakala Nur Quraitun Ain Musa, 5 cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Seorang lagi anak Nor Suraya, Nur Quraitun Ain Musa, 5, patah paha kiri dan masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Sabarina berkata, ibunya memang gemar membeli belah secara atas talian namun kali ini kelakuannya agak pelik kerana dia tidak mahukan barang yang dibelinya itu.

"Biasanya bila dah beli ibu akan teruja dan menunggu barangnya sampai dan asyik tanya bila barangnya nak sampai.

"Tapi, terbaru, ibu tak kata apa-apa pun, ibu beli tiga helai kain batik bagi pada kami adik beradik kain-kain tu.

"Saya tak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Jengka, di sini, hari ini.

Sabarina berkata, ketika kejadian ibunya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Jengka 6 selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah Mohd Noor di Kuala Lumpur.

Hashimah dan suami Mohd Noor turut maut dalam kemalangan tersebut.
Hashimah dan suami Mohd Noor turut maut dalam kemalangan tersebut.

"Kali terakhir saya jumpa ibu pada Khamis lalu dan bawa dia keluar makan di Temerloh," katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Hashimah, Mohamad Syafiq Ismail, 30, berkata, ketika sedang makan dia menyedari kelainan ibunya apabila lebih gemar mendiamkan diri.

"Ibu seorang periang dan suka ketawa, tapi, pada malam itu dia banyak mendiamkan diri dan tak banyak bercakap.

"Saya ingatkan ibu letih, tak sangka itu petanda akan pergi tinggalkan kami semua," katanya.

Katanya, ibunya baru setahun berkahwin dengan Mohd Noor dan tinggal di Felda Jengka 6.

Jenazah Hashimah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu 9, Sungai Kepong, Lanchang manakala yang lain dikebumikan di tanah perkuburan Felda Jengka 6.

ARTIKEL BERKAITAN:Lima maut nahas tiga kenderaan

Terdahulu, kemalangan jalan raya yang meragut nyawa lima individu berlaku di jalan lama Kuala Lumpur - Kuantan petang tadi.