Perjanjian terbatal jika sewakan rumah

PPR Seri Kiambang mempunyai 300 unit rumah di dua blok pangsapuri yang dibina sejak lima tahun lalu.
PPR Seri Kiambang mempunyai 300 unit rumah di dua blok pangsapuri yang dibina sejak lima tahun lalu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Penyewa PPR Seri Kiambang akan dikenakan tindakan tegas sekiranya menyewakan kediaman mereka kepada pihak lain termasuk warga asing.

Penolong Eksekutif Pengurusan Harta, Muhd Syukri Mujib berkata, terdahulu terdapat kes sedemikian dan perjanjian sewaan penyewa terbabit dibatalkan serta diminta berpindah keluar.

Menurutnya, dua kakitangan bertanggungjawab menguruskan pangsapuri itu termasuk berkaitan pembayaran sewa RM200 sebulan.

"Penyewa tidak dibenarkan menyewa kepada orang lain dan jika ada aduan, kami akan melakukan siasatan sebelum ambil tindakan sewajarnya.

"Surat peringatan pembayaran sewa akan diberikan secara terus kepada penyewa yang lewat bayar selain nama dipaparkan di notis maklumat di tingkat bawah pangsapuri.

"Sehingga kini terdapat 150 penyewa daripada keseluruhan 300 rumah di bawah pengurusan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)," katanya.

Muhd Syukri berkata, pihaknya melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan kemudahan rumah untuk golongan memerlukan itu tidak disalah guna.

Menurutnya, tindakan memberi sewa kepada pihak lain bertentangan perjanjian sewa yang menetapkan penama itu sendiri perlu tinggal di rumah tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat juga rumah yang disewa atas nama syarikat untuk kediaman pekerja sejak pangsapuri ini siap dibina lima tahun lalu.

"Pada hari ini, semua penghuni adalah warga tempatan dan tiada warga asing," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaut untung atas angin

Isu seleweng PPR Lembah Subang bukan baharu

Tunggakan sewa PPR cecah RM25,250