X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Piala Asia 2022: Speedy Tigers 'belasah' Bangladesh

Antara aksi menarik Malaysia menentang Bangladesh dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, pada Khamis. - Foto Facebook AHF
A
A

THE Speedy Tigers mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan B Piala Asia 2022 apabila melabuh kempen dengan membelasah Bangladesh 8-1 dalam aksi terakhir di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, pada Khamis.

Skuad kendalian Arul Selvaraj yang sebelum itu telah pun mengesahkan slot ke saingan Super Four selepas melakar dua kemenangan ke atas Oman 7-0 dan Korea Selatan 5-4, ternyata garang dengan hatrik Muhammad Razie Abd Rahim (4', 14', 30') dan Faizal Saari (24', 31', 46').

Dua lagi gol Speedy Tigers dijaringkan Muhammad Najmi Farizal Jazlan (41') dan Mohamad Ashran Hamsani (60'), manakala Ashraful Islam mengurangkan defisit dengan gol minit ke-21 untuk Bangladesh.

Kemenangan itu menyaksikan Speedy Tigers mengakhiri cabaran dengan status juara kumpulan selepas mengumpul sembilan mata sambil diekori rapat Korea Selatan (6 mata), Bangladesh (3 mata) dan Oman (0).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!