Rosmah bebas atau bersalah diketahui 7 Julai

Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.
Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion, akan diketahui 7 Julai depan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

“Kita dah tiba di penghujung kes, tiba masanya untuk menamatkan perjalanan kes ini dan menetapkan tarikh untuk keputusan.

"Saya cadangkan keputusan dua bulan dari sekarang, pada jam 9 pagi, 7 Julai depan,” katanya.

Dalam kes ini, Rosmah diwakili barisan peguam antaranya Datuk Akberdin Abdul Kader sementara Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwaan.

Semasa prosiding, Sri Ram mengemukakan dua nas undang-undang yang pernah diputuskan oleh mahkamah untuk menyokong kes pendakwaan.

Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.
Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Bagaimanapun, Datuk Akerdin berkata, pihaknya baru sahaja menerima persoalan undang-undang itu daripada pendakwaan dan memohon supaya mahkamah dapat memberikan lebih masa kepada pembelaan untuk membalasnya.

Hakim Mohamed Zaini kemudian membenarkan pembelaan untuk mendapatkan lebih masa dan memberitahu mereka supaya menyertakan jawapan bagi persoalan berkenaan dalam hujahan bertulis.

Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil dua saksi iaitu Rosmah dan bekas Pegawai Khas di Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Rosmah membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah, 71, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Beliau didakwa menerima rasuah itu melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion.