Rosmah bantah Sri Ram berhujah untuk diri sendiri

Rosmah (dua dari kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, bagi prosiding permohonan untuk menyingkirkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Rosmah (dua dari kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, bagi prosiding permohonan untuk menyingkirkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor membantah Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah bagi diri sendiri di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Peguam, Mohamed Reza Rahim yang mewakili Rosmah membantah demikian ketika prosiding permohonan isteri bekas Perdana Menteri itu, untuk menyingkirkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan, di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Mohamed Reza berkata, ia mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan kerana Sri Ram merupakan individu yang dipohon untuk disingkirkan.

Malah katanya, Sri Ram bukanlah seseorang yang sesuai dan wajar (fit and proper).

“Ia jelas melanggar Peraturan 5 Profesion Perundangan (Amalan dan Etika) 1978.

Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, bagi prosiding permohonan untuk menyingkirkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, bagi prosiding permohonan untuk menyingkirkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

"Pasukan pembelaan juga tidak dimaklumkan lebih awal, kami terkejut apabila beliau membuat membuat pusingan U,” katanya.

Pada prosiding lalu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib akan berhujah dalam prosiding itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, selepas kes disebut, Sri Ram memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah mendapat izin daripada Peguam Negara (AG) untuk berhujah sendiri.

“Ahmad Akram juga memberitahu, beliau lebih selesa jika saya berhujah dalam kes saya sendiri.

“Namun, saya serahkan kepada mahkamah sama ada saya patut berhujah untuk diri sendiri atau tidak,” katanya.

Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding ke esok, dengan pihak-pihak akan berhujah sama ada Sri Ram boleh berhujah dalam permohonan yang membabitkan dirinya.

Rosmah, 71, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).