Rizal Mansor dilepas dan dibebaskan

Rizal Mansor
Rizal Mansor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak daripada empat tuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar membabitkan wang RM218 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menarik balik pendakwaan terhadap Datuk Rizal Mansor.

Pihak pendakwaan turut menyerahkan pernyataan saksi kepada pihak pembelaan semalam sedangkan ia sepatutnya dibuat dua hari lalu.

Justeru, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal serta mengarahkannya keluar daripada kandang tertuduh.

Sementara itu, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata, mengenangkan pertuduhan terhadap Rizal ditarik balik, pihaknya memohon mahkamah agar tarikh perbicaraan dilapangkan yang mana sebelum ini ia ditetapkan pada 3 Februari dan Mac depan.

Pada 15 November tahun lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta suapan sebanyak RM187.5 juta dan RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rizal turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM500,000 bagi dirinya dan RM5 juta bagi pihak Rosmah berhubung projek solar itu.

Dia turut didakwa meminta rasuah RM25 juta untuk dirinya dan bagi pihak Rosmah RM187.5 juta membabitkan projek sama.

Artikel Berkaitan:

Suapan itu sebagai upah membantu syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek sistem solar itu bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus.