Polis tubuh unit khas

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) dan Mohamad Fuzi bersama Pasukan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak hari ini. -Bernama
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) dan Mohamad Fuzi bersama Pasukan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak hari ini. -Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu unit khas dikhususkan polis dalam menyiasat sindiket pemerdagangan bayi yang dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Selangor yang didedahkan Sinar Harian, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, unit khas itu ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. "Kes ini sedang giat kita tangani dan setakat ini saya dimaklumkan belum ada tangkapan dibuat.

"Walau bagaimanapun, polis akan memanggil pengusaha rumah yang menjaga ibu hamil berkenaan serta individu-individu lain yang mempunyai kaitan dalam kes ini bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke-212, semalam.

Semalam, laporan Sinar Siasat mendedahkan kegiatan pemerdagangan bayi masih lagi tidak berkubur di negara ini susulan wujud individu tidak bertanggungjawab menjadikan rumah jagaan gadis terlanjur sebagai lubuk mendapatkan bekalan bayi.

Modus operandinya sangat mudah apabila rumah jagaan tersebut mengambil kesempatan ke atas gadis-gadis yang mengandung luar nikah.

Selepas bersalin, gadis terlanjur perlu menyerahkan bayi mereka kepada pusat jagaan tersebut yang sudah mempunyai pembeli atau jika tidak perlu membayar lebih RM9, 500 sebagai kos penjagaan semasa mengandung dan bersalin.

Artikel Berkaitan: