Felcra Pahang terima RM24.8 juta

Abdul Rahman (tengah) menyerahkan replika cek Agihan Keuntungan Daerah Kuala Lipis membabitkan nilai RM1,908,696.72.
Abdul Rahman (tengah) menyerahkan replika cek Agihan Keuntungan Daerah Kuala Lipis membabitkan nilai RM1,908,696.72.
A
A
A

LIPIS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM24.8 juta kepada Felcra Berhad selaku agensi pelaksana bagi pelaksanaan dan pembangunan aktiviti di Pahang untuk tahun ini.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia bagi tujuan memperkasakan 24,000 peserta di Pahang.

Menurutnya, peruntukan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) itu dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar.

Acara menandatangani plak perasmian pejabat Felcra Berhad bagi Kawasan Sungai Temau.
Acara menandatangani plak perasmian pejabat Felcra Berhad bagi Kawasan Sungai Temau.

"Selain itu, kemudahan infrastruktur asas termasuk ameniti sosial diperluas, serta pembangunan modal insan dan peningkatan kadar pendapatan warga luar bandar akan turut diberi tumpuan.

"Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangun dan memajukan masyarakat luar bandar melalui KPLB dan Felcra Berhad," katanya kepada pemberita di Dewan Felcra Berhad, Sungai Temau di sini pada Khamis.

Beliau ditemui sempena Majlis Iftar Warga Felcra Kawasan Sungai Temau. Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan agihan keuntungan sempena sambutan raya yang bakal tiba bagi Daerah Kuala Lipis dengan nilai RM1,908,696.72.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felcra Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Ketua Peserta Felcra Sungai Temau, Wan Hassan Wan Mohamed.

Menurutnya, sehingga Mac 2022 Felcra telah berjaya memajukan seluas 224,130 hektar ladang bagi 107,000 peserta merangkumi 1,049 projek penyatuan dan pemulihan serta 33,145 hektar estet milik syarikat Felcra Berhad.

Pada majlis berkenaan Abdul Rahman turut menyerahkan agihan kepada 212 peserta Felcra bernilai RM594,302.80 dan sumbangan RM3,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Kuala Lipis.
Pada majlis berkenaan Abdul Rahman turut menyerahkan agihan kepada 212 peserta Felcra bernilai RM594,302.80 dan sumbangan RM3,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Kuala Lipis.

"Sebanyak 298 buah projek yang ditadbir oleh 32 kawasan yang menjadikan luas keseluruhan tanah yang dibangunkan adalah melebihi 52,000 hektar di seluruh Pahang," jelasnya.

Tambahnya, komitmen yang ditunjukkan oleh Felcra telah mengubah lanskap pembangunan luar bandar dengan peningkatan taraf hidup dan pendapatan penduduk melalui aktiviti pembangunan tanah.

"KPLB amat menyokong pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan berimpak tinggi di setiap projek Felcra agar dapat memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat di sekeliling projek terutama dari segi peningkatan potensi pendapatan mereka," katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan agihan keuntungan raya untuk 212 peserta Felcra Kawasan Sungai Temau yang bernilai RM594,302.80 di sini selain sumbangan RM3,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Kuala Lipis dan menandatangani plak perasmian pejabat Felcra Berhad kawasan tersebut.

Deli Lateh, Noriah
Deli Lateh, Noriah

Bagi peserta kawasan tersebut, Noriah Abdullah, 67, bersyukur dan gembira dengan agihan yang diterima.

"Saya berasa sangat lega kerana menjelang raya kami dapat agihan. Bolehlah digunakan untuk perbelanjaan keluarga dan selebihnya disimpan," akuinya.

Bagi Deli Lateh, 69, agihan itu tepat pada masanya dan membantu meringankan bebannya dan juga peserta selain untuk kegunaan Aidilfitri.

INFO

• 24,000 jumlah peserta Felcra di Pahang.

• RM24.8 juta peruntukan geran 2022 untuk Felcra di Pahang.

• RM1,908,696.72 jumlah Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa Dua Peserta Felcra Berhad Daerah Kuala Lipis.