Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: 6,623 kes baharu, 12 kematian

Kes harian Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad menunjukkan penurunan ketara iaitu sebanyak 6,623 kes berbanding Sabtu, 9,705 kes. - Gambar hiasan
Kes harian Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad menunjukkan penurunan ketara iaitu sebanyak 6,623 kes berbanding Sabtu, 9,705 kes. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kes harian Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad menunjukkan penurunan ketara iaitu sebanyak 6,623 kes berbanding Sabtu, 9,705 kes.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, 6,610 adalah kes tempatan, manakala 13 lagi adalah kes import.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan sebanyak 12 kes kematian baharu akibat Covid-19, termasuk 8 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,421 orang daripada lebih empat juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Perlis antara negeri tertinggi yang mencatatkan purata kematian setakat ini iaitu 16 kematian, diikuti Perak (13) dan Melaka (11).

Selain itu, sejumlah 103,900 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 101,294 atau 97.5 peratus individu kuarantin di rumah, manakala 356 atau 0.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 2,124 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 126 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 76 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 50 kes lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan:

Sejumlah 11,233 kes sembuh turut direkodkan pada Ahad.