Angkasa perintis pengeluaran susu lembu kacukan

Abdul Fattah ( tengah ) bersama pemimpin koperasi selepas merasmikan program memperkasakan Gerakan Koperasi Angkasa Negeri Pahang Zon 3 di Dewan Pusat Pertanian Pintu Padang Raub,baru-baru ini
Abdul Fattah ( tengah ) bersama pemimpin koperasi selepas merasmikan program memperkasakan Gerakan Koperasi Angkasa Negeri Pahang Zon 3 di Dewan Pusat Pertanian Pintu Padang Raub,baru-baru ini
A
A
A
RAUB- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( Angkasa ) mengorak langkah menerusi projek perintis pengeluaran anak lembu tenusu kacukan Korea,New Zealand dan Australia bermula tahun lalu.

Presidennya,Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata,projek yang telah menelan belanja RM3.3 juta itu dilihat dapat membantu negara dalam mengurangkan 90 peratus kebergantungan terhadap import susu.

Menurutnya,menerusi projek itu,Korea telah membekalkan 1,500 benih sperma jantan dikahwinkan secara permanian beradas dengan lembu betina baka Australia dan News Zealand

"Ketika ini sudah terdapat tiga projek telah dilaksanakan oleh gerakan koperasi di Mersing Johor, ladang Londah dan Gadung di Negeri Sembilan melibatkan ternakan sebanyak 600 ekor.

"Tahun ini koperasi bercadang menambah 400 ekor kepada 1000 ekor baka lembu tenusu yang membabitkan kawasan baharu antaranya di Pahang dan Kedah.

"Projek ternakan ini membabitkan teknologi Korea yang membekalkan sperma atau semen manakala ibu lembu dari Australia dan New Zealand yang bersaiz besar, ' katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas program memperkasa Gerakan Koperasi Angkasa Negeri Pahang Zon 3 di Dewan Pusat Pertanian Pintu Padang,baru-baru ini.

Ujarnya lagi,baka lembu Australia dan New Zealand itu mampu mengeluarkan susu antara 30 hingga 35 liter sehari berbanding lembu tempatan hanya 8 hingga 10 liter sehari.

Dalam pada itu,beliau menambah sebagai sokongan,koperasi juga digalakkan menanam jagung bijirin khas untuk makanan ternakan lembu yang kini banyak ditanam di Kedah dan akan diperluaskan di negeri lain.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sebanyak 4 ribu hektar diperlukan di seluruh negara bagi tanaman jagung bijirin khas untuk makanan lembu tenusu yang dijalankan secara komersial.

"Oleh itu koperasi wajar mengambil peluang ini untuk membuka ladang jagung bijirin untuk keperluan ternakan lembu tempatan dan juga untuk eksport, ' katanya.