Che Puan Besar Khaleeda sedia perjuang nasib Bella

Tangkap layar Instagram milik Che Puan Besar Khaleeda yang menyatakan sedia memperjuang nasib Bella bagi menuntut keadilan terhadap remaja OKU berkenaan.
Tangkap layar Instagram milik Che Puan Besar Khaleeda yang menyatakan sedia memperjuang nasib Bella bagi menuntut keadilan terhadap remaja OKU berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam sedia membantu remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dikenali sebagai Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Che Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja OKU itu.

"Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

"Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat," tulisnya dalam Instagram miliknya.

Che Puan Besar Khaleeda memuat naik kenyataan itu dipercayai sebagai membalas tindakan seorang peguam tertuduh iaitu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang memuat naik sekeping gambar bersama-sama tertuduh dan barisan peguam yang membelanya.

Menurut Che Puan Besar Khaleeda, kes berkenaan pasti akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang pengecut agar tidak terfikir untuk melakukan tindakan serupa pada masa depan.

Perbicaraan kes itu turut mendapat perhatian dan menjadi perdebatan bagi rakyat yang melihat seolah-olah nasib Bella seperti tidak diperjuangkan sedangkan remaja berusia 13 tahun itu merupakan seorang OKU dan telah menerima penganiayaan.

Siti Bainun, 30, sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Artikel Berkaitan:

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.