Toyota Vios hilang di Salak Selatan Baru ditemui di Langkawi

Shariman (tengah) menunjukkan kereta Toyota Vios yang ditemui di Langkawi pada Rabu selepas dilaporkan hilang di Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur. - Foto ihsan Polis Langkawi
Shariman (tengah) menunjukkan kereta Toyota Vios yang ditemui di Langkawi pada Rabu selepas dilaporkan hilang di Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur. - Foto ihsan Polis Langkawi
A
A
A

LANGKAWI - Sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dilaporkan hilang di Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur ditemui Kampung Ulu Melaka, Langkawi, di sini, iaitu kira-kira 500 kilometer dari lokasi kenderaan itu hilang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kereta berwarna kuning emas itu ditemui semula kira-kira jam 7 pagi di sebuah rumah di kampung berkenaan pada Rabu.

Katanya, kereta terbabit ditemui hasil operasi sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan Balai Polis Kuah.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan tiga lelaki tempatan berusia di antara 16 dan 32 tahun dipercayai terbabit dalam jenayah curi itu.

"Hasil pemeriksaan di pekarangan rumah tersebut telah menemui sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Salak Selatan Baru," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, susulan itu, ketiga-tiga suspek ditahan dan kereta terbabit dirampas bagi serahan kepada IPD Cheras, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu hingga tujuh tahun dan denda.

Artikel Berkaitan: