Penjawat awam Terengganu terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 13,827 kakitangan awam di Terengganu akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan tersebut akan dibayar kepada penjawat awam meliputi Gred 56 dan ke bawah bermula 25 April nanti.

Selain itu menurutnya, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas i-Fitri berjumlah RM58.99 juta kepada rakyat negeri ini yang layak.

“Pemberian itu akan melibatkan seramai 150,947 penerima daripada kategori A dan B,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ahmad Samsuri berkata, bantuan khas Aidilfitri kepada rakyat yang layak dan kakitangan awam itu melibatkan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM65.9 juta.

“Selepas dua tahun kita berada dalam fasa pandemik dan sambutan hari raya terpaksa dibuat secara terbatas, tahun ini kita bakal menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dalam fasa endemik.

"Semoga bantuan ini dapat memeriahkan sambutan Syawal kita bersama orang tersayang,” katanya.

Artikel Berkaitan: