99.35 peratus kes baharu Covid-19 kategori satu, dua

Malaysia merekodkan 10,052 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.35 juta. Foto hiasan
Malaysia merekodkan 10,052 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.35 juta. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 10,052 kes Covid-19 baharu pada Rabu dengan 9,987 atau 99.35 peratus daripadanya adalah kes kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di dalam negara kepada sebanyak 4.35 juta.

Menurut beliau, jumlah kes bagi kategori tiga tiga, empat dan lima ialah 65.

“Daripada 65 kes Covid-19 kategori tiga empat dan lima, 21 kes atau 32.31 peratus adalah mereka tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 18 kes (27.69 peratus) pula ialah pesakit telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);

“Sebanyak 26 kes (40 peratus) pula telah menerima dos penggalak (booster), 33 kes (50.77 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 36 kes (55.38 peratus ) mempunyai komorbid dan satu kes (1.54 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 161 kes yang dilaporkan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sementara seramai 99 pesakit memerlukan alata bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh baharu direkodkan pada Rabu ialah 15,893 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih kepada sebanyak 4.20 juta.

Dr Noor Hisham berkata, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor terus merekodkan kadar penggunaan katil kes kritikal atau ICU melebihi 50 peratus iaitu masing-masing 67 peratus dan 51 peratus.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau berkata, nilai kadar kebolehjangkitan atau R-naught Covid-19 di seluruh negara pada Rabu ialah 0.85 dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93.