Covid-19: 7,739 kes baharu, 19 kematian

Sebanyak 266 pesakit Covid-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) setakat Isnin. - Foto fail Bernama
Sebanyak 266 pesakit Covid-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) setakat Isnin. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 19 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Isnin dengan tiga daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,292 orang dengan 7,456 daripadanya adalah BID.

Sementara itu, sebanyak 7,739 kes jangkitan baharu direkodkan pada Isnin dengan 7,716 daripadanya adalah kes tempatan manakala 23 lagi kes import.

Pada masa sama sebanyak 19,049 kes sembuh dilaporkan semalam.

Setakat tengah malam tadi juga, bilangan kes aktif kini sebanyak 134,469 dengan 97.6 peratus atau 131,235 daripadanya adalah pesakit yang menjalani kuarantin di rumah, manakala 266 pesakit pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 2,794 pesakit kes Covid-19 memerlukan rawatan di hospital dan 72 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula ialah seramai 72 orang manakala yang memerlukan mesin ventilator ialah seramai 102 orang.

Artikel Berkaitan: