X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Warga Sarawak jangan leka SOP sepanjang Ramadan

Abang Johari menyampaikan bungkusan raya kepada Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yang mewakili seluruh angkatan Pasukan Polis Sarawak sempena majlis penyerahan Sumbangsih Raya 2022 kepada badan-badan beruniform dan penguatkuasa negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, pada Jumaat. Foto Bernama
A
A

KUCHING - Warga Sarawak dinasihatkan agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 sepanjang Ramadan ini.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pematuhan itu penting terutamanya ketika negara kini sedang memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

"Kita sudah masuk fasa peralihan endemik dan kini ada sedikit kelonggaran SOP seperti di bazar Ramadan yang kita lihat ramai orang pergi.

"Dalam kelonggaran SOP ini, saya nasihatkan supaya kita kekal jaga SOP dan kesihatan kita,” katanya dalam ucapan pada majlis simbolik penyerahan Sumbangsih Raya 2022 di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Jumaat.

Pada Khamis, Sarawak mencatatkan 413 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian direkodkan.

Sumbangsih Raya merupakan program pemberian kotak makanan kepada anggota dan pasukan keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri nanti. Pada tahun ini, sebanyak 11,500 kotak Sumbangsih akan diberikan kepada 10 agensi penerima. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!