Hati-hati dengan si penggodam

Penggodam akan menyerang sistem organisasi atau kerajaan negara tertentu untuk menguji sejauh mana kehebatan sistem keselamatan yang dimiliki. - Foto 123RF
Penggodam akan menyerang sistem organisasi atau kerajaan negara tertentu untuk menguji sejauh mana kehebatan sistem keselamatan yang dimiliki. - Foto 123RF
A
A
A

DALAM dunia teknologi hari ini, maklumat peribadi hampir setiap individu boleh diketahui dihujung jari.

Ini kerana segala maklumat daripada latar belakang, tempat tinggal, kewangan, ahli keluarga, malah pergerakan harian boleh diketahui sama ada daripada sistem data organisasi tertentu, media sosial mahupun aplikasi yang kita muat turun.

Sistem MySejahtera yang menjadi isu hari ini sebagai contoh, dibimbangi jika diberikan kepada pihak swasta yang tidak bertanggungjawab mungkin boleh menyalahgunakan data peribadi orang ramai.

Tidak terkecuali beberapa kes sebelum ini apabila ada pihak dalaman syarikat telekomunikasi yang mendedahkan data peribadi pengguna kepada pihak ketiga dengan mendapat habuan tertentu.

Maka terjadilah orang ramai menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali termasuklah scammer yang mengetahui latar belakang kita.

Namun, satu lagi kumpulan penjenayah teknologi yang amat dibimbangi adalah hacker atau penggodam.

Penggodam menceroboh pangkalan data bagi memperoleh maklumat sulit untuk mendapatkan keuntungan, pengintipan mahu pun serangan ke atas pihak berkuasa atau kerajaan.

Tidak terkecuali penggodam juga akan menyerang sistem organisasi atau kerajaan negara tertentu untuk menunjukkan reputasi mereka.

Artikel Berkaitan:

Apatah lagi jika syarikat tersebut ‘bergegar-gegar’ mengisytiharkan sistem keselamatan teknologi mereka paling canggih dan paling selamat.

Bak kata orang, penggodam akan melihat ia sebagai cabaran untuk membuktikan reputasi mereka.

Jaga data

Perkara penting yang sering terlepas pandang itu dimaklumkan seorang petugas daripada Rakan Sistem ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag), Leo Leong.

Katanya, jika mahu menceritakan kehebatan tahap sistem pertahanan fire wall syarikat kepada umum, perkara seumpama itu perlu lebih berhati-hati.

Menurutnya, sekiranya tersilap langkah, ia pasti akan menarik minat penggodam untuk cuba menguji sejauh mana kehebatan sistem keselamatan yang dimiliki.

“Perkara seperti ini sangat serius biarpun syarikat tersebut bukan berstatus giant company atau telah didaftarkan di papan Bursa Saham.

“Mungkin tidak mahu mencuri data atau maklumat penting yang ada pada syarikat tetapi ia memberi peluang kepada si penggodam untuk menguji sejauh mana ‘kekebalan’ yang ada pada syarikat berkenaan.

“Tanpa disedari, ia akan mendatangkan masalah besar terutama apabila sistem keselamatan peranti dimasuki virus,” jelas beliau.

Sementara itu, mengulas mengenai sistem yang ada pada ujian psikometrik RBTag, Leong berkata, pihaknya berusaha memastikan data pengguna atau maklumat peribadi pelayar laman web RBTag berada dalam kedudukan selamat dijaga.

Pihak pengurusan turut mengadakan kerjasama dengan syarikat survey atau pihak penyimpan maklumat lebih besar bagi tujuan keselamatan terutama menyimpan semua maklumat peribadi pelayar sistem RBTag.

Namun, tidak dinafikan penggodam mempunyai kepakaran amat tinggi dan boleh mensabotaj mana-mana pihak yang dikehendaki mereka.

Maka, tidak hairan apabila ada institusi besar dan mempunyai sekuriti terbaik di dalam sistem maklumat juga masih berjaya digodam.

Dalam pada itu, menurut Leong lagi, sesebuah laman web perlu diakses dengan mudah dan senang oleh pelanggan.

Dua perkara itu menjadi keutamaan dalam pembinaan laman web untuk orang ramai menjalani proses ujian psikometrik RBTag yang dijalankan secara atas talian.

Berdasarkan kepentingan tersebut, Leong berkata, pihaknya berusaha memastikan proses melayari laman web RBTag sangat mudah dan mesra pelanggan, malah tidak mengambil masa lama.

Sebagai contoh, mereka yang ingin menyatakan sokongan terhadap ujian psikometrik RBTag, mereka hanya perlu terus laman utama dan menekan ikon setuju sebagai tanda sokongan tanpa perlu memasukkan mana-mana data peribadi yang begitu banyak.

Ditanya mengenai pengalaman dalam sistem teknologi maklumat (IT), Leong berkata, sejak enam tahun beroperasi, pihaknya telah berjaya membangunkan kira-kira 30 aplikasi laman web di negara ini.

Katanya, ia termasuk membangunkan sistem e-hailing, e-commerce dan sistem pengurusan hotel termasuk previlege card.

* Hisyamuddin Ayub ialah wartawan Rasuah Busters