Buku 'Mari Kenali Sawit' diedar di sekolah kerajaan, swasta terpilih

Zuraida (dua, kiri) menyampaikan sumbangan tablet kepada 100 buah sekolah terlibat dalam Program Jelajah Mari Kenali Sawit kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Azman Adnan pada Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit, pada Rabu. Foto Bernama
Zuraida (dua, kiri) menyampaikan sumbangan tablet kepada 100 buah sekolah terlibat dalam Program Jelajah Mari Kenali Sawit kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Azman Adnan pada Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit, pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Sejumlah 300,000 naskhah buku ‘Mari Kenali Sawit’ akan diedarkan di sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta terpilih seluruh negara sebagai usaha kerajaan memberi pendedahan berhubung kelapa sawit kepada murid serta pelajar.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, penerbitan buku tersebut adalah mengenai fakta kelapa sawit yang betul, kepentingan serta sumbangan industri komoditi itu kepada pembangunan sosioekonomi dan pendapatan negara.

Katanya, pengedaran buku itu dibuat secara berperingkat dan diberi secara percuma.

"Fasa pertama pengedaran buku itu akan dilaksanakan menerusi program Jelajah Mari Kenali Sawit melibatkan 100 sekolah menengah kebangsaan dan swasta terpilih di semenanjung.

"Fasa seterusnya pula akan melibatkan sekolah di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit di sini, pada Rabu.

Zuraida berkata, program tersebut akan mempunyai beberapa komponen dan pengisian antaranya penganjuran ceramah, bengkel dan taklimat mengenai maklumat tepat berkaitan khasiat serta kebaikan kelapa sawit Malaysia.

"Selain itu, program pertandingan pidato untuk pelajar sekolah akan turut diadakan untuk melahirkan duta kecil bagi mempromosikan minyak kelapa sawit keluaran Malaysia,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: