QSR Brands, KAGAT bantu asnaf

Hayazi (dua dari kanan) menyerahkan replikas cek kepada Affendi pada Majlis Pelancaran Program Agihan Ramadan ATM di Masjid Khalid Al-Walid Kementah, Kuala Lumpur, awal April lepas.
Hayazi (dua dari kanan) menyerahkan replikas cek kepada Affendi pada Majlis Pelancaran Program Agihan Ramadan ATM di Masjid Khalid Al-Walid Kementah, Kuala Lumpur, awal April lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) menyerahkan wakalah zakat bernilai RM160,500 kepada Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) untuk diagihkan kepada kelompok asnaf sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada Program Agihan Ramadan ATM kerjasama bersama QSR Brands, KAGAT dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands, Hayazi Darus berkata, sumbangan zakat dalam bentuk 500 bantuan pek makanan itu akan diagihkan kepada kelompok asnaf selama 30 hari bermula 3 April sehingga 2 Mei nanti.

Menurutnya, antara lokasi agihan suambangan yang telah dikenal pasti KAGAT ialah Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (Kuala Lumpur); Masjid Kem Perdana Sungai Besi (Kuala Lumpur); Masjid Pangkalan TLDM Lumut (Perak); Masjid Pangkalan TUDM Subang (Selangor) dan Surau Al Mustafa, Markas Angkatan Bersama, Sungai Pancing, Kuantan, Pahang.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan KAGAT dan MAIWP untuk Program Agihan Ramadan ATM serta berpeluang untuk mengagihkan wakalah zakat sekali gus memberi kembali kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial korporat yang kami pegang erat sebagai warga korporat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, QSR Brands berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban dan memberikan kegembiraan kepada golongan asnaf.

Panglima Angkatan Tentera Markas Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah menerima serahan replika cek daripada Hayazi pada Majlis Pelancaran Program Agihan Ramadan ATM di Masjid Khalid Al-Walid Kementah, Kuala Lumpur yang diadakan awal April lepas.

Artikel Berkaitan: