Polis siapkan satu lagi kertas siasatan terhadap Ebit Lew

Ebit Lew ketika tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, pada 18 Februari lalu. (Gambar kecil: Abd Jalil)
Ebit Lew ketika tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, pada 18 Februari lalu. (Gambar kecil: Abd Jalil)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung satu lagi kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan termasuk mengesan saksi berhubung dakwaan itu.

"Kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada 18 Februari lalu, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Artikel Berkaitan: