Wanita 'kaki gajah' dapat berjalan semula

Rosmiza sudah mampu berdiri dan berjalan walaupun menggunakan tongkat selain menguruskan diri seperti manusia normal lain.
Rosmiza sudah mampu berdiri dan berjalan walaupun menggunakan tongkat selain menguruskan diri seperti manusia normal lain.
A
A
A

PASIR MAS - Impian seorang wanita yang sebelum ini menderita penyakit kaki gajah seberat 100 kilogram (kg) sejak 28 tahun lalu untuk kembali berjalan seperti manusia normal lain menjadi kenyataan selepas dia selamat menjalani pembedahan membuang lebihan isi pada kaki sebelah kanan pada 10 Mac lalu.

Susulan pembedahan itu, Rosmiza Awang Mat, 40, dari Kampung Kubang Bunut di sini, sudah mampu berdiri dan berjalan walaupun menggunakan tongkat selain menguruskan diri seperti manusia normal lain.

"Sebelum pembedahan berlangsung, doktor ada memberitahu saya bakal berdepan risiko kehilangan darah yang banyak dan boleh menyebabkan koma," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Menurutnya, risiko tersebut tidak mematahkan semangat dia untuk menjalani pembedahan membuang ketulan isi seberat 65 kg memandangkan sumbangan yang diterima sudah mencukupi.

Katanya, pembedahan pada 10 Mac yang mengambil masa selama tiga jam itu berjalan lancar dan selamat walaupun diberitahu risiko di sebalik proses berkenaan.

Sinar Harian pada 29 Januari lalu melaporkan, bengkak mengejut pada kaki kanan mengubah hidup Rosmiza dari Kampung Kubang Bunut, Kasar yang kini menderita penyakit kaki gajah sejak 28 tahun lalu.
Sinar Harian pada 29 Januari lalu melaporkan, bengkak mengejut pada kaki kanan mengubah hidup Rosmiza dari Kampung Kubang Bunut, Kasar yang kini menderita penyakit kaki gajah sejak 28 tahun lalu.

Rosmiza berkata, dia dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 20 Mac.

"Sejak itu tahap kesihatan saya berada dalam keadaan terbaik sehingga hari ini dan berat badan hanya 35 kg.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih kepada orang ramai di atas sumbangan yang diberikan bagi menjayakan pembedahan ini termasuklah doktor dan jururawat," katanya.

Rosmiza berkata, dia kini menunggu kaki palsu untuk membolehkannya berjalan seperti manusia normal lain tanpa menggunakan tongkat.

Sinar Harian pada 29 Januari lalu melaporkan, bengkak mengejut pada kaki kanan mengubah hidup seorang wanita sejak 28 tahun lalu.

Rosmiza yang berkongsi penderitaannya itu memberitahu, kakinya mula membengkak padai usia 12 tahun dan mencecah 100kg.