56 lagi kes kematian akibat Covid-19

KKM melaporkan sebanyak 56 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Sabtu.
KKM melaporkan sebanyak 56 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM – Angka kematian baharu akibat Covid-19 meningkat pada Sabtu apabila sejumlah 56 kes kematian direkodkan berbanding 30 pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan daripada jumlah tersebut, 11 kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,069 orang daripada 4.19 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 201,232 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 196,491 individu kuarantin di rumah manakala 555 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 3,925 dimasukkan ke hospital.

Data tersebut juga menunjukkan sejumlah 261 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut sebanyak 108 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 153 kes memerlukan mesin ventilator.

Sejumlah 20,383 kes sembuh juga turut direkodkan.

Artikel Berkaitan: