51.4 peratus individu layak telah terima dos penggalak di Pahang

Norolazali
Norolazali
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 51.4 peratus atau 539,990 daripada 1,050,116 individu yang layak mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 telah menerima suntikan dos berkenaan dalam Program Pemberian Vaksin Dos Penggalak (VDP) di Pahang bermula 15 Oktober 2021 sehingga 20 Mac lalu.

Exco Kerja Raya,Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, data itu diperoleh berdasarkan rekod daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang.

Menurutnya, beberapa langkah penambahbaikan dilaksanakan JKN negeri bagi menggalakkan lagi sambutan orang ramai untuk mendapatkan vaksin dos penggalak kepada kumpulan sasar seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kumpulan individu yang mempunyai masalah kesihatan.

"Pihak JKN akan mengadakan advokasi dan promosi melalui pelbagai medium sebaran serta menganjurkan sesi libat urus bersama komuniti di lapangan dengan pembabitan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), ketua rumah ibadat, ketua kampung dan ketua komuniti setempat.

"Malah, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut menerima individu yang hadir secara jumpa terus untuk mendapatkan suntikan," katanya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Jumaat.

Sebelum itu, Lee Ah Wong (BN-Cheka) ingin mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pahang dan agensi bagi menggalakkan orang ramai menerima dos penggalak dan mahu mengetahui mengapa orang ramai jurang menerima suntikan dos penggalak itu.

Mengulas lanjut pertanyaan itu, Norolazali menjelaskan terdapat segelintir masyarakat tidak yakin dengan keberkesanan vaksin yang boleh memberikan perlindungan optimum kepada mereka.

Katanya, malah mereka bimbangan mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan dalam kalangan segelintir masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Kesan `Vaccine Mongering' atau ditakut-takutkan oleh vaksin segelinitir masyarakat berikutan penyebaran video tular di media sosial mengenai kandungan mahu pun kesan sampingan vaksin.

"Faktor lain ialah mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan untuk menerima dos penggalak," katanya.