Akaun pendeposit TH culas bayar nafkah dicadang dibekukan

Mohd Na'im dalam sidang media berkenaan isu tahanan pendapatan dan penghakiman perintah nafkah bersama perintah penceraian secara serentak di JKSM, pada Jumaat.
Mohd Na'im dalam sidang media berkenaan isu tahanan pendapatan dan penghakiman perintah nafkah bersama perintah penceraian secara serentak di JKSM, pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang culas membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak dicadang dibekukan.

Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu bertujuan memastikan setiap pendeposit yang merupakan bakal jemaah haji bebas daripada sebarang hutang terutama hutang tuntutan nafkah.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengadakan pertemuan dengan Lembaga Tabung Haji minggu depan bagi membincangkan keperluan membekukan akaun pendeposit yang culas membayar tuntutan nafkah itu.

"Mereka ini (pendeposit) perlu lunaskan hutang nafkah sebelum menunaikan rukun Islam kelima. Cara ini dapat bantu bekas suami yang zalim (tidak bayar nafkah) agar bebas hutang, lagi-lagi melibatkan hutang dengan orang terdekat (bekas isteri dan anak-anak).