Syed Hamadah dilantik sebagai CEO Tabung Haji

Syed Hamadah
Syed Hamadah
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, lantikan itu berkuat kuasa 6 Mei dan Syed Hamadah mempunyai ijazah dalam bidang Statistik dan Matematik Aktuari dari Heriot Watt University, Edinburgh.

Menurutnya, selain pernah dilantik sebagai CEO KWAP, beliau turut mempunyai pengalaman luas dalam dalam pengurusan korporat selain merupakan Felo di Fakulti Aktuari, United Kingdom dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia.

Mohd Na'im berkata, kewibawaan serta kepakaran Syed Hamadah diyakini mampu memacu kecemerlangan TH sebagai tonggak kejayaan ekonomi ummah serta institusi pengurusan haji terbaik dunia.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan menjalankan amanah demi agama, negara serta ummah," katanya.

Dalam masa sama, Mohd Na'im turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Amrin Awaluddin atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik yang diberikan sebelum ini kepada pengurusan TH.