Mandi sekali sehari nak jimat air

Anak Siti Ain, Mohd Amar Afdal, 19 bulan melihat bekalan air yang disimpan.
Anak Siti Ain, Mohd Amar Afdal, 19 bulan melihat bekalan air yang disimpan.
A
A
A

TANJUNG DAWAI - Setiap orang dalam rumah hanya mandi sekali sehari bagi memastikan air cukup untuk kegunaan lain.

Demikian jelas Siti Aminah Mohd, 15, dari Tanjung Dawai berhubung krisis air yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu dan kritikal sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Dakwanya, pernah satu ketika bekalan tidak dihantar sehingga empat hari disebabkan ketiadaan bekalan selain pernah menunggu sehingga jam 5 pagi untuk lori air sampai ke rumahnya.

Selain itu, Siti Ain Jnoh@Jusof, 31, berkata, keadaan anak kecil dan ibu yang sakit sementara suami keluar menangkap ikan menyebabkan sukar untuk keluar mencari air.

Pembinaan saluran paip dan tangki air bukit bertujuan meringankan beban mangsa yang terjejas.
Pembinaan saluran paip dan tangki air bukit bertujuan meringankan beban mangsa yang terjejas.

"Kami hanya tunggu di rumah sahaja. Pernah juga kami tulis nota kat kotak letak di hujung jalan dengan harapan lori air masuk ke rumah sebab susah nak pi," katanya.

Beliau yang menjalankan jualan kek dan roti terpaksa menghadkan permintaan kerana berdepan masalah air.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan Sinar Harian ke pekan Merbok pula mendapati sekumpulan lelaki sedang memasang tangki dan paip bagi membina saluran air bukit untuk kegunaan penduduk.

Siti Ain (kanan) dan Siti Aminah menunggu bekalan air yang dihantar oleh petugas.
Siti Ain (kanan) dan Siti Aminah menunggu bekalan air yang dihantar oleh petugas.

Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Tanjung Dawai, Mukhlis Razali berkata, bekalan melalui saluran itu yang mula dibina jam 3 petang semalam dijangka dapat digunakan hari ini.

"Pagi tadi pun dah ada tunggu bawa tong sebab tak sabar-sabar nak ambil air, insya-ALLAH lepas ni boleh guna dah," jelasnya.