Polis Kota Tinggi nafi tular kes culik murid

Tular di Facebook berkenaan kes culik tersebut.
A
A

KOTA TINGGI - Polis Kota Tinggi menafikan berlaku kes culik melibatkan seorang murid seperti mana yang tular di laman Facebook.

Dalam kenyataan tersebut, seorang wanita memuat naik status berkenaan adik saudaranya, murid Sekolah Kebangsaan Laksamana yang didakwa hilang dan dipercayai diculik di depan rumahnya di Jalan Mawai Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, pihak polis telah dipandu arah oleh ibu kepada kanak-kanak berkenaan menaiki kenderaan pasukan polis telah ke alamat di Jalan Mawai.

Katanya, sebaik sampai di alamat tersebut dan ibu kanak-kanak telah mengambil anaknya di alamat berkenaan untuk dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk membuat pemeriksaan doktor.

"Berdasarkan tular di media sosial ini, pihak polis menafikan kes culik tersebut seperti yang dimuat naik di Facebook.

"Oleh yang demikian, polis memberi amaran keras kepada semua pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

"Bagi penyebar berita palsu, boleh disabitkan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya lagi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia