Parlimen Tenggara, RISDA agih bantuan persekolahan

Manndzri (dua dari kiri) membantu seorang murid mencuba uniform sekolah sewaktu program Back To School Parlimen Tenggara.
Manndzri (dua dari kiri) membantu seorang murid mencuba uniform sekolah sewaktu program Back To School Parlimen Tenggara.
A
A
A

KOTA TINGGI - Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tenggara bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyumbang baucar barangan kelengkapan sekolah bernilai keseluruhan RM50,000 bagi membantu 500 pelajar.

Ahli Parlimen Tenggara merangkap Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, inisiatif berkenaan diteruskan menerusi Yayasan RISDA dengan kerjasama pimpinan masyarakat setempat.

"Program bantuan persekolahan ini telah dilaksanakan selama tiga tahun berturut-turut. Secara keseluruhan, jumlah bantuan menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Bantuan ini menyasarkan keluarga yang memerlukan termasuk golongan berpendapatan rendah, asnaf, ibu tunggal, serta keluarga yang mempunyai ahli keluarga sakit kronik," katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan baucar bantuan "Back To School" peringkat Parlimen Tenggara di sebuah pasar raya di Bandar Tenggara di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA Wan Mohd Hafiz Wan Ibrahim.

Menurut Manndzri, pemberian baucar RM100 kepada pelajar yang layak diharapkan dapat meringankan beban keluarga.

"Secara keseluruhannya, Program Back to School" Parlimen Tenggara 2026 diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar dan keluarga yang memerlukan dalam menghadapi sesi persekolahan baharu.

"Bantuan baucar ini membantu meringankan beban ibu bapa serta memastikan keperluan pendidikan pelajar terus terjaga.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama antara Pejabat Parlimen dan pemimpin setempat amat dihargai dan diharapkan inisiatif ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan pembangunan pendidikan masyarakat Parlimen Tenggara," ujarnya.

 

 

 

Ringkasan AI

  • Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tenggara dan RISDA menyumbang baucar barangan sekolah RM50,000 untuk 500 pelajar
  • Inisiatif ini dilaksanakan selama tiga tahun berturut-turut dengan peningkatan jumlah bantuan setiap tahun
  • Sasaran bantuan adalah keluarga memerlukan termasuk golongan berpendapatan rendah, asnaf, ibu tunggal, dan keluarga dengan ahli sakit kronik
  • Setiap pelajar layak menerima baucar RM100 untuk meringankan beban keluarga
  • Program ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dan memastikan keperluan pendidikan pelajar terjaga, dengan kerjasama antara Pejabat Parlimen dan pemimpin setempat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!