[VIDEO] Kembar seiras semangat ke sekolah, azam jadi polis

A
A
A

KLUANG – Pasangan kembar seiras menjadi tumpuan apabila kelihatan begitu ceria dan teruja memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Simpang Renggam di sini, pada Isnin.

Pasangan kembar lelaki, Ahmad Akif dan Ahmad Afif hadir ke sekolah ditemani ayah mereka, Mohd Azwan Kasim, 39, dari Kampung Shari, Simpang Renggam.

Mohd Azwan berkata, kedua-dua anaknya menunjukkan keterujaan apabila bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap ke sekolah tanpa perlu dikejutkan.

Maskot Doremon menyambut ketibaan murid pada hari pertama persekolahan di Sekolah SK Dato' Onn Jaafar Simpang Renggam, Kluang.
Maskot Doremon menyambut ketibaan murid pada hari pertama persekolahan di Sekolah SK Dato' Onn Jaafar Simpang Renggam, Kluang.

“Sejak beberapa hari lalu mereka asyik bertanya bila hendak mula sekolah. Pagi ini masing-masing bersemangat memakai uniform dan tidak sabar untuk ke kelas.

"Akif dan Afif bercita-cita mahu menjadi anggota polis suatu hari nanti. Anak kembar saya begitu seronok hendak ke sekolah mahu jumpa kawan baharu." katanya ketika ditemui di pekarangan SK Dato' Onn Jaafar, Simpang Renggam di sini, pada Isnin.

Sementara itu, murid SK Dato' Onn Jaafar yang memulakan sesi persekolahan hari ini teruja apabila kehadiran mereka disambut oleh maskot kartun Doremon.

Maskot berkenaan berada di pintu pagar sekolah menyambut ketibaan murid dengan gelagat lucu selain bersalaman dengan murid yang hadir terutama murid tahun satu.

Artikel Berkaitan:

Kehadiran maskot menceriakan murid SK Dato' Onn Jaafar pada hari pertama persekolahan pada Isnin.
Kehadiran maskot menceriakan murid SK Dato' Onn Jaafar pada hari pertama persekolahan pada Isnin.

Sementara itu, Guru Besar sekolah berkenaan, Sharudin Md Taib berkata, seramai 153 murid Tahun Satu berdaftar di sekolah berkenaan pada tahun ini.

“Kesemua pelajar ini tidak akan terus belajar sebaliknya akan mengikuti sesi oritentasi selama empat minggu untuk pelajar menyesuaikan diri terlebih dahulu.

“Pelbagai program akan diatur, antaranya sesi suai kenal antara murid dan guru, pengenalan kepada persekitaran sekolah serta aktiviti pembentukan sahsiah dan disiplin,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Pasangan kembar seiras Ahmad Akif dan Ahmad Afif ceria memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar
  • Kedua-dua anak kembar ditemani ayah mereka, Mohd Azwan Kasim ke sekolah
  • Anak-anak kembar menunjukkan keterujaan bangun awal pagi untuk ke sekolah
  • Akif dan Afif bercita-cita menjadi anggota polis dan teruja bertemu kawan baru di sekolah
  • Murid diterima dengan sambutan maskot kartun Doremon pada hari pertama persekolahan di SK Dato' Onn Jaafar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!