Gaji RM1,500 bakal rangsang ekonomi negara

M Saravanan
M Saravanan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyambut baik pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bermula 1 Mei ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pengumuman tersebut adalah selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu.

Menurutnya, ia juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan pekerja.

"Langkah ini juga dijangka memberi sumbangan positif dalam merangsang ekonomi negara melalui peningkatan kuasa beli pekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, perincian mengenai mekanisme serta pelaksanaan kadar gaji minimum baharu itu akan diumumkan oleh KSM dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: