[VIDEO] Gaji minimum RM1,500 dilaksana mulai 1 Mei

Ismail Sabri menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Bernama
Ismail Sabri menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Menurutnya, pelaksanaan gaji minimum tersebut hanya melibatkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima orang pekerja ke atas.

"Kos sara hidup semakin meningkat. Ini akan menekan golongan B40. Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh para perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.

"Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara," katanya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, kajian impak untuk keputusan tersebut telah dilaksanakan secara mendalam termasuk mengambil kira kesannya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sementara itu, beliau berkata, hampir sembilan juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mendapat manfaat dengan implikasi kewangan berjumlah RM8.2 bilion pada hujung bulan ini.

"Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu/bapa tunggal (IBT) dan warga emas," katanya.

Artikel Berkaitan: