Covid-19: 86 kematian baharu direkod, 35 BID

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 86 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 86 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 86 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,185 orang, daripada 3.9 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 35 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat 296,799 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 286,599 individu atau 96.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,971 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 7,856 kes dirawat di hospital dan 373 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 148 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 225 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani

Artikel Berkaitan: