Selangor sedia tong kitar semula minyak masak di 30 bazar Ramadan

Sze Han
Sze Han
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya 30 lokasi bazar Ramadan di seluruh negeri ini menyediakan tong kitar semula minyak masak terpakai bagi mengelakkan peniaga membuang minyak masak terpakai ke dalam longkang dan saliran air.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri amat menggalakkan peniaga bazar Ramadan membuang minyak terpakai ke dalam tong disediakan.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mengambil inisiatif tersebut dengan meletakkan tong kitar semula di bazar Ramadan terpilih pada tahun ini.

"Sebenarnya ada syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah menawarkan inisiatif ini kepada kerajaan negeri.

"Kerajaan Selangor berhasrat untuk memulakan inisiatif tersebut di kawasan terpilih," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis.

Siew Ki dalam soalan tambahannya bertanyakan kepada Sze Han adakah inisiatif menyediakan tong kitar semula minyak masak terpakai akan dilaksanakan di seluruh bazar Ramadan di negeri ini seperti inisiatif yang dilakukan MBSJ pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: