Qatar kitar semula barangan promosi Piala Dunia FIFA

Sejumlah 173 tan barangan promosi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dikitar semula oleh sebuah syarikat Arab Saudi. - Foto 123RF
Sejumlah 173 tan barangan promosi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dikitar semula oleh sebuah syarikat Arab Saudi. - Foto 123RF
A
A
A

DOHA - Sejumlah 173 tan barangan promosi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dikitar semula oleh sebuah syarikat Arab Saudi, menurut Jawatankuasa Tertinggi bagi Penghantaran dan Legasi (SC) Qatar pada Ahad.

Bahan fabrik poliester itu sebelum ini digunakan sebagai pembalut, kain rentang dan penutup pagar di stadium dan tempat lain, lapor Xinhua memetik siaran media SC

SC bertanggungjawab bagi penghantaran infrastruktur yang diperlukan dan bahagian perancangan dan operasi Qatar bagi penganjuran kejohanan itu.

"Sebelum ini, penganjur acara mega berhadapan kesukaran untuk melupuskan fabrik poliester secara mesra alam.

"Kami memberi keutamaan dalam mencari penyelesaian yang mampan, yang menjurus kepada kerjasama ini," kata Pengarah Eksekutif Kelestarian SC, Bodour Al Meer.

Projek kitar semula itu dibuat dengan kerjasama Saudi Top Plastics, antara syarikat kitar semula plastik terbesar di Arab Saudi.

Bahan kitar semula itu akan diproses menjadi pelet plastik untuk pembuatan produk baharu seperti pita dan pembungkusan, menurut SC.

Hampir 80 peratus daripada sisa buangan kejohanan itu telah dikitar semula dan selebihnya dihantar ke loji sisa untuk penghasilan tenaga. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan: