Tiga nama disebut sebagai MB, Hasni serah kepada Sultan Johor

Hasni, Onn Hafiz, Mohd Puad
Hasni, Onn Hafiz, Mohd Puad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menyerahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat keputusan berhubung lantikan Menteri Besar yang baharu.

Ia susulan khabar angin yang menyebut dua nama lain bagi jawatan Menteri Besar Johor ke-19.

Nama lain yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi, bekas Exco Belia dan Sukan Johor yang juga pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang juga pemenang DUN Rengit.

Sementara itu, Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor, ketika ditanya sama ada beliau akan ke istana bagi mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar esok, beliau berkata, tiada kepastian mengenai perkara itu.

"Saya pun tidak tahu. Terpulang kepada keputusan petang ini (pertemuan Sultan Johor dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Saya tak pergi (menghadap Sultan Johor) presiden (Ahmad Zahid) sahaja yang pergi.

"Ini proses biasa selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah beri makluman rasmi kepada Sultan Johor, presiden akan menghadap baginda," katanya ketika ditemui di Pejabat UMNO Johor, di sini pada Isnin.

Sebelum itu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada jam 2.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid dilihat meninggalkan pekarangan Pejabat UMNO Johor kira-kira jam 2.50 petang dan kemudian dilaporkan menghadap Sultan Ibrahim.

Ahmad Zahid kembali semula ke Pejabat UMNO Johor selepas dipercayai menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada petang Isnin.
Ahmad Zahid kembali semula ke Pejabat UMNO Johor selepas dipercayai menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada petang Isnin.

Pertemuan itu dilaporkan berlangsung selama sejam sebelum Ahmad Zahid kembali ke Pejabat UMNO pada jam 4 petang.

Pada awal pagi Ahad lalu, Hasni dicadangkan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Johor.

Ahmad Zahid berkata, nama Pengerusi UMNO Johor itu akan dikemukakan kepada baginda untuk pertimbangan selanjutnya.

Beliau yang dilaporkan tidak menyebut sebarang nama lain berkata, pencalonan tunggal sedemikian bertujuan memberi ruang kepada kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan jaminan terhadap pelbagai usaha pembangunan yang ingin dirintis.

Sementara itu, ditanya sama ada khabar angin yang berlegar berhubung nama lain bakal dilantik menjadi calon Menteri Besar Johor ke-19, Hasni enggan mengulas lanjut dan hanya memberi bayangan.