[VIDEO] Peminat Tangmo berarak di Bangkok

No Image Caption
A
A
A

BANGKOK - Sekumpulan peminat fanatik pelakon Thailand, Tangmo Nida berarak di hadapan ibu pejabat Polis Diraja Thailand di Bangkok pada Sabtu bagi menuntut siasatan terperinci dijalankan ke atas kematian mencurigakan wanita terbabit.

Peminat sebelum ini mendakwa siasatan berhubung kematian Tango tidak telus, malah kenyataan bercanggah daripada pasukan penyelamat dan forensik menguatkan lagi teori bahawa kematian Tangmo bukanlah satu kemalangan biasa.

Awal minggu ini, doktor di Institut Kedoktoran Forensik (IFM) mengeluarkan kenyataan bahawa hasil autopsi mendapati tiada giginya yang patah selain tiada kecederaan mencurigakan pada bahagian kepala Tangmo.

Dalam pada itu, ketua penyiasat kematian pelakon itu, Jirapat Phumjit berkata, mereka akan mengambil masa empat minggu untuk mencapai penyelesaian kes berkenaan.

Menurutnya, polis masih menunggu maklumat lanjut sebelum menutup kes berkenaan.

Ia termasuk keputusan bedah siasat dari hospital-hospital di Siriraj dan Hospital Awam Polis, saksi-saksi dan bahan bukti lain.

Sebelum ini, ibu Tangmo, Panida Sirayootyotin mahu pihak berkuasa menjalankan autopsi kali kedua terhadap anaknya kerana tidak berpuas hati dengan hasil autopsi pertama.

Sementara itu, upacara pemakaman Tangmo berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu sehingga fasa pembakaran yang dijadualkan pada 14 Mac ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Peminat Tangmo meragui laporan polis berkaitan punca kematian #fyp#TikTokNews#TrendingNewsMalaysia#TangmoNida#Thailand original sound - Sinar Harian